tag:blogger.com,1999:blog-58967909562596538112023-06-20T05:29:28.941-07:00LAMAN DPLI j-QAF IPG KPIAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/13115067474478283175noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-5896790956259653811.post-85794312997517164982013-04-13T12:11:00.000-07:002013-04-13T12:23:45.789-07:00Rugi Abaikan Solat Sunat

SOLAT sunat walaupun tidak diwajibkan, tetapi kepentingannya tidak
boleh dipandang remeh oleh setiap umat Islam. Dalam erti lain, solat
sunat merupakan penambahbaikan kepada solat fardu sekiranya terdapat
kekurangan ketika menunaikan ibadat wajib itu.

Lebih-lebih lagi apabila ibadat solat merupakan perkara pertama sekali yang dihitung oleh Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Seorang sahabat Rasulullah, Yahya Ya'mar meriwayatkan bahawa baginda
berkata: "Sesungguhnya amal perbuatan pertama yang dihisab pada hari
kiamat adalah solat. Sekiranya sempurna, maka tercatat ke atasnya
sempurna, jika tidak sempurna terjadi, Allah menyatakan kepada malaikat,
"Perhatikan sama ada hamba aku didapati melakukan solat sunat.
Sempurnakan solat itu dengan amalan solat sunat. Kemudian baru dihitung
zakat dan seterusnya."

Oleh demikian, berdasarkan hadis berkenaan, jelas terbukti bahawa
solat sunat merupakan ibadat penting. Tanggapan untuk mengabaikannya
dengan memahami bahawa ibadat berkenaan hanya semata-mata sunat sahaja
perlu ditepis oleh umat Islam.

Sehubungan itu, bagi mengajak masyarakat untuk mendekati dan
menunaikan solat sunat, dua tokoh agama yang tidak asing lagi dalam
dunia keilmuan Islam tanah air, iaitu Prof. Dr. Mahmud Zuhdi Abdul Majid
dan Rohidzir Rais berpandu tenaga menerbitkan sebuah buku bertajuk Bimbingan Lengkap Solat Sunat.

Menarik buku terbitan PTS Milliennia Sdn. Bhd. itu, setiap kupasan
solat sunat bermula daripada solat sunat rawatib sehinggalah ke solat
sunat malam dibincangkan melalui ilustrasi gambar rajah selain
penjelasannya dibuat dengan poin-poin ringkas.

Berbanding buku pengajian solat yang diterbitkan oleh sesetengah
penulis, setiap bimbingan solat sunat dalam buku berkenaan tidak dibuat
secara panjang lebar tetapi dilakukan dengan mudah dan ringkas serta
sesuai dibaca oleh setiap lapisan umur.

Eksperimen pertama Mahmud Zuhdi dan Rohidzir itu sebenarnya dilihat
untuk mengajak masyarakat mendekatkan diri kepada Allah melalui solat
sunat dengan sebuah buku dengan penjelasan mudah.

Tidak dinafikan bahawa dalam usaha menuntut ilmu diperlukan seorang
guru agar kita tidak menjadi sesat, tetapi penerangan yang dibawa oleh Bimbingan Lengkap Solat Sunat itu sudah memadai.

Buat pengantin baru, kedua-dua penulis itu juga mengupas solat sunat
malam pertama. Melayari bahtera rumah tangga merupakan tugas berat, oleh
demikian soal itu perlu diselitkan dengan ketakwaan kepada Allah dan
salah satu daripadanya adalah solat sunat malam pertama.

Kupasan itu merupakan antara salah satu perbincangan yang ditampilkan oleh Mahmud Zuhdi dan Rohidzir. Jika ingin mengetahui adab-adab pengantin baru, anda boleh mendapatkan Bimbingan Lengkap Solat Sunat setebal 442 muka surat berharga RM40.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM43.00 (Sabah dan Sarawak) itu di pasaran berhampiran.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/13115067474478283175noreply@blogger.com0